mysweetheart ibu&abah :)
pregnancy due date

Tuesday 7 June 2011

Amalan2 doa semasa ibu mengandung

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

beberapa perkara yang elok diamalkan agar  bby yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:
1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn....:)

mybby now 28weeks&3days old!


Salam,
Hope U All sentiasa sihat dan happy ok.Syukur Alhamdulilah, Sekarang kandungan eka dah pun masuk 7bulan..
Sekarang Baby dah aktif sangat..sekarang pun dia tgah kick2 sambil eka menulis tentang dirinya eka akan usap kat kepala dia..sekarang ni eka da dpt tahu dah kedudukan arah kepala dia..macam dalam pic kat atas ni..sekarang ni kepala bby eka dibahagian kanan..xsongsang tapi doc kata skarang ni bby nak berpusing jadi setipa kali dia kick&mengeras eka akan cepat2 pegang kepala dia..sekarang ni eka da mula start kaki krem,saki belakang,kerap kencing rasa macam nak pakai pampers je..kalau brjalan ke naik kereta lagi la sebb bila eka naik kereta msti tersa gegaran enjin kan jadi pundi kencing eka xdapat nak menahan..yela lagi2 sekarang ni baby nak membesar lagi dia menekan pundi kencing kita..tapi inilah satu pengalam n pengalam yang ibu2 kita rasakan dulu sewaktu mengandungkan kita..sekarang ni bby eka berat dia 1.9 masa scan tu doc pun dapat tgk jantina dia..sekarang ni perot eka da bolat sgt2 ni..ni pon rasa nak terkucil da ni..xsangka berlalu dgn begitu pantas tup2 eka da masuk 7bulan da:)smga hari ni anak ibu sihat sentiasa..hubby keje jadi manja2 dengan bby jela..rindu sgt kat hubby...xpela rezeki syang ibu n bby terpaksala berkorban kejap..nanti ibu&abah nak bawak sayang beli baju sayang,sedikit lagi keprluan sayang n ibu..kena siap2 awal2 anak first ni kita xjangka..awal ke lambat ke kita kna sediakan awal2..sediakan payung sebelum hujan..:)

fevretku time prgnant :)

ai...xtau nak update ape mlm2 ni..okla eka pun jns suke menaip2 ni..so,storyla pengalam eka dari 1bulan sampaila 7bulan sekarang nih..masa time awal2 prgnant ni eka suka sgt2 makan tomyam..nak katakan tiap2 malam suruh hubby eka blikan..masa awal prgnant ni tekak mual jadi nak makan masam2 je..tapi kalau asam2 or jeruk2 eka xbape sentuh sgt..nthla org slalu kalu prgnant nak makan asam2 ni tapi eka xbape suka sgtla..masa da tengah2 prgnant pulak eka ketagih sgt nak makan lauk masak lemak cili api..lagi2 umi eka punya masak lemak cili api..kautiiimmla..haha..xkesahla ayam ke,ketam ke,daging..janji lemak cili api..tapi da akhir2 ni eka xmakan sgtla benda2 kuning ni..org kata xelok..satu mlm tu kempunan nak makan ketam masak lemak hubby eka sangup belikan..tenkiu abg:)..lpas kmpunan masa tu..mmg eka makan xengatla masa tu..pastu eka mengidam  nak makan kek..tapi nak kek yang krim tu..yum2..nak makan kenny rogersla,piza hut,chicken golden bluela&chezzy wedges kfc..tapi masa prgnant ni xdela eka mengidam yang diluar jangkaan kang ssh hubby nak cari..tapi benda yang eka xsentuh   selama 7bulan ni:KOPI,AIR GAS&TEBU,NENAS,TAPAI,JAJAN(2,3je pnah mkn prgnant ni xminat nak makan jajan2 ni)tu jela..lgpun eka mmg xbape nak minat sgt..tapi kalau nak makan benda2 yang korang nak makan tu,makan jela xde effect ape2 pun kat baby cuma jgn makan byk2 dahla..juz kalau nak merasa xpela..ok nanti jumpa lagi k bby da ajak dido ni..gud9 slm syg dari eka&bby :)


                                                     yuummmyy<3

baby girl or boy?

 salam :)
ai sume..hurm.. lama x update blog syg eka ni..lama xciter pasal mysayangkan..lagi 2bulan je lagi pejam celik da nak dekat jadi ibu da eka ni..hope everthing bjln dgn baik bersama suamiku tercinta..o.k sekarang kandugan eka da masuk 7bulan dah!perot pun  da makin membesar nak tlis blog pon mcm megah2 dah..kalu org tgk eka msti dorang akan pandang 2-3 kli agaknya tgk mak buyong ni macam budak umur 15taun jer..ahaks:)..tapi perot bolat jer..ni nak tlis blog ni mcm megah2 je..prut da besar xlarat nak tgk skrin laptop ni lelame..bila perot da besar org msti tnya eka nak baby boy or girl?xkesah pun girl or boy janji bby sehat n selamat..tapi nak ikutkan naluri ni eka slalu mimpi dapat bby girl..rambut lebat..xpnah mmpi nak dapat bby boy..lagi satu eka da 2kali buat scan msa5 n 6bulan scan doc da cakap girl tapi xpe eka n hubby tggu msuk 7bulan scan lagi,sebab setiap bulan eka akan scan utk tgk perkembagan sayang eka dalam perot..tgk jengup jantung dia..sweet tau kalu kita tgk bby dlm perot kita..tgk dia tgh hisap jari..so bila da kandugan eka msuk 7bulan hubby tnya last kat doc,doc kata komfem bby we all GIRL..Alhamdulilah eka n hubby xkesahla girl or boy janji anak ibu&abah sihat,kuat,cerdas..inilah penantian kami selama 11bulan..Syukur sgt2 sayang menyerikan lagi kasihsyg ibu&abah..1lg org ckp eka ni prgnantkan bby girl sbb perot eka x lonjong tapi bolat sgt2..nthla mata pandagan orgkan..lagi2 org tua..



                                                            mybby Girl :)

erm...lagi satukan eka suka sgt2 tgk baju2 ke,perkakas2 barang2 baby perempuan kalu boy nthla tgk macam biasa jer macam x excited pun..xtau nape..bila tgk je brg2 bby girl naik excited tu nak beli..tapi masa awal2 bulan xbeli ape2 lagi pun..sekarang bby pun girl eka n hubby da sediakan utk sayang kami sedikit demi sedikit..ibu&abah da beli da utk sayang...pink colour sumenya kalu boleh nak beli..tapi xnak la sume pink sgt..kat skola eka da kena ekadepinkyla.ekapinkyla..jadi nak jadi ibu ni xnakla macam dulu lagi..hehe..okla nanti next story eka akan update dari semasa ke semasa k!k salam syg dari eka :)

Friday 27 May 2011

Setiap detik bagaikan detik pertama!

salam..gudmorning sume :)


Syukur kpd-Nya krna kita masih dapat berpeluang utk melihat dunia ini lg..smga kehadiran hari ini lbih baik dari smlam utk eka..gud moneng u all..ari ni saje eka nak berkongsi dgn u all sume..kla,xpyh nak bhujah byk sgt la kan..setiap detik ihsan yang akan bgelar 'BAKAL IBU'pasti kita akan melalui saat2 yang xkan kita lupakan..btl x?bagi eka setiap setiap pkra yang blaku dalam hidup eka seharian merupakan hari2 yang penuh b'mkna..mcm2..suka,duka,sedih&gembira..lumrah sifat msiakan..k,saat2 bila eka dah bgelar ibu pkra ni merupakan sgt luar biasa..eka rasa seronok sgt..
saat2 indah dalam hidup eka bila eka dapat tgk mybby stiap bulan bila check up..teruja dgn kekuasaan Allah SWT yang menciptakan manusia dari seketul darah..ok,nila saat2 paling eka hepi iaitu doc akan scan setiap kali apoiment tok tgk perkembagan myswetheart..dari situla ibu kan tgk kamu sayang..setiap detik bagaikan detik pertamalagi2 bila doc scan anak ibu tgh main2 dlm tu..ibu nak menagis sgt sayang bila tgk kamu..sbb kuasa Allah tlalu besar..ibu ikut perkembagan sayang dari 5week sampaila bulan demi bulan..menabjubkan!dari sayang mjadi sktul darah sampai sayang ditiupkan roh,terciptala wajah2 dan angota sayang..sweet sgt anak ibu waktu tu..ibu macam nak cium je sayang..ibu x sabar nak tggu kehadiran sayang dalam hidup ibu&abah...sayangla sgalanya dalam hidup ibu...smga anak ibu dilindugi oleh Allah walaupun sayang dalam perut ibu,ibu sentiasa bersama sayang :)

Anak adalah anugerah Allah SWT, tempat kita meneruskan cita-cita dan garis keturunan. Anak juga merupakan amanah, titipan harta yang paling berharga yang harus dijaga, dirawat dan dididik agar menjadi penyejuk hati. Dalam persoalan ini, kita harus meneladani sikap Nabi Zakaria AS dan Nabi Ibrahim AS. Kedua Nabi ini senantiasa berdoa kepada Allah Maha Pencipta. “Ya Rabbana, anugerahkanlah kepada kami, pasangan dan keturunan sebagai penyejuk hati kami. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” 



(anak adalah 1 anugerah dlm hidup kita)

                                                               MYSWETHEART :)
 
mylove 2month




mylove 3month





mylove 4month




mylove 5month

inilah yang dikata:Setiap detik bagaikan detik pertama bagi ibu :)
                                love u some then everthing!inilah sayang ibu!
<3


Thursday 26 May 2011

I got a new life whn i know i'll be a MAMA:)

salam semua :)
ai..skrng ni da pkul 12.04pagi..rasa xboleh nk tidola mlm ni..hubby eka da sehari kat melaka..dpt kerja kat sana tp eka kdg2 akn ikut hubby blik mlaka jgk..ibu ngan baby rindu sgt kat abah..:( tp nak buat mcmmane rzki hubby kat sana..mgkn rzki bbykan sayang..ibu sentiasa berdoa agar abah dimurahkan rezeki,dilindungi oleh Allah walau dimna abah brada..love u abah!slamat hari jadi abh yang ke-25..smlm HB abh..ibu doakan smga abah pjg umor d dimurahkan rezeki..
oklah,smntra mata xdpt nk lelap ni eka nk story lagi..eka mmg suke menaip tau!suke sgt2..tapi tula bab2 it ni x pandai sgtla..dah ade blog ni..best je menaip..eka ni asyik nk story je..hope u all x bosanla..heee..story eka pepagi ni..mynew life whn i knw i'm prgnant..start awal prgnant eka xde alahan ape2pun..muntah pun x..cuma tekak slalu loya n pening kpala sgt2..first prgnant eka nak makan tomyam je..then,hubby eka blikan susu enfamama trus eka minum mlm n pg tapi da msuk 3month prut eka da xsesuai da..cirit birit..lpstu bila bau susu ke,tgk susu ke dgr perkataan susu msti trus muntah..try anmum pun x boleh jgk!umi eka marah jgk x minum sbb baik utk bbykan tp da xboleh nk buat mcmmne..eka minum muntah,minum je muntah blik msa awl2 o.k je..first2 eka prgnant xde meragam sgt2..cuma mengada2 skit..khdpan eka lps tau da prgnant eka jadi semangat sgt..slalu ckp2 dgn baby eka..eka slalu amalkan surah2 yang ade dlm buku ibu mengandung..kdg2 rasa x percaya pun ade..tapi itulah kekuasaan Allah!eka suka gelaran IBU ni..eka akan biasakan diri eka bcakap dgn baby dgn pangilan tu..sweet sgt bila dgr IBU..lpstu msa awal kandugan 2 bulan eka pnah kena air urine eka kotor masa tu pgcheck doc kata bahaya blh menjejaskan baby,jd eka trus amalkan minum air mineral gelas besar jgk sehari dalam 6 or 8 kali  sehinggala sekarang..kalau nak kata bak kerap kencing jgn ckp..kejap2 nak baung air kecik..slalu smpai skunk ni..tapi xpe berkorbaan demi sayang ibu ni..lgpun good minum byk2 dia cuci pundi kencing kita..humm tu jela..mata pun da mengantok ni..sian pulak baby nanti dia asyik ckp ibu ni asyik ngadap laptop je sampai lupa nak sleep2 ngan dia ye..ibu slalu ltk bear abah bg ni kat perut bagi sayang pluk skali..saje je..xubh2 ibu ko ni..
o.k guys continued lagi k..da nantok lah!gud9 salam syg dari eka...

nila bear-bear abah bg..ibu slalu tido dgn sayang skli.. :)
to be continued...................

kejadian BABY didalam rahim kita

salam semua :)

eka juz nak berkongsi pengalaman eka selama 6bulan eka mengandung eka akan cite peringkat2 ok kita dalami dulu mcmmana kejadian bby then eka akan cite seterusnya..bak kata org bila ade org baru hadir mcm2 Allah akn uji hambanya cuma kita sebagai manusia perlu tempuh jua..semuanya itu adalah ujian perlu kita hadapi..ape2 pun eka bsyukur krana Allah msh pjgkan umur eka sekeluarga n bby yang ade dalam perut eka ni..ckp mengenai kejadian baby ni..kdg2 eka slalu terfikir bila da mengandung ni..eka rasa kuasa Allah cukup menabjubkan..masa2 first eka prgnt perut eka kecil lagi bby pun blom jadi dgn sempurnannya..bila eka da masuk 6bulan skrng ni..eka rasa setiap hari eka nak tgk ape dia sedang buat..geram rasa..paling eka geram sgt2 bila anak ibu ni nendang2..bukan geram ape tapi mcm nak pgg tgn dia,nak pgg kaki dia..ibu rasa nak cium anak ibu ni..tapi ibu slalu berdoa,sembang2 dgn sayang ibu usap sayang..masa awal mengandung ibu x rasa lagi sayang kick2 mcm skrg ni..sbb sayang nak membesar..ibu x boleh tgk kalu ade kes pembuangan bayi..ibu akan menagis..kdg2 ibu x fhm org yang sangup buang darah daging mrk sendiri..mrka x rsa ape2 perasaan lgsns!sedangkan ramai lagi pasagan yang ingikan zuriat tapi org yang xde otak je buat bnda mcm tu semua..sdgkan binatang pun ade belas kasihan terhadap zuriat yg mrka lahirkan walaupun mrka tdk diberikan akal..msia yg ade akal pun sangup lakukan perbuatan yang dilahknat oleh Allah diahkirat nanti!tggu saje pembalasan yang setimpal  anda diterima..Astrafiruaallah!ada ayt Al-Quran yang berbunyi :
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk"


                        sesungguhnya pekara yang dilaknat oleh Allah adalah seorang hamba yang sanggup membunuh darah dagingnya sendiri..jadi fikir2kanlah sejenak..sebagai seorang islam kita perlulah bertaubat sblm pintu taubat terttp..okla,syahdu rasa ptg2 ni..bila diimbaskan kekejam pembuagan bayi ni hati eka pasti akan tersentuh..kita akan terasa baby yang kita kandungkan dalam rahim kita seolah2 dalam dakapan kita..cumaa blum sampai waktu dakapan yang kita akan rasakan sendiri..sesungguhnyaa kejadian Allah itu besar sgt sgt..jom kita sama2 hayati gambar2 kejadian2 manusia dari alam rahim...



























  proses2 kejadian bayi dialam rahim:

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim

 MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat    
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
   Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.


NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.


Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke dunia. Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yang luas ini. Tentu kita tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula, lazatnya makanan dan hidangan. Kita juga tentunya tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.
Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.
Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.
Amin Ya Rabbal Alamin.sekian wslam..semoga kita bertemu dihari yg lain...salam syg dari eka :)

story kali pertama pregnant!

salam u all :)
ok..ni eka nak citer kali pertama bila eka  dpt tau im pregnant?mcm2 blaku..
k,kita mulakan sesuatu msti dgn bismillah..alim plk dah!tp btl la kan..
firstly,eka slalu dtg period awal bulan..slalu dtg tepat pd tarikhnya,jd eka pun buat biasa jela..eka ingt lagi masa tu bufday eka..hubby eka ade wish sempena bufday eka yang ke-20 eka ade simpan msg tu lg..hubby ckp mcm ni"slamat ulangtahun syg..smga dgn ulgtahun kelahiran syg ni abg harap syg matang,jd istri solehah ala byk lagila..last dia cakap kat eka abg harap minggu ni eka x datang bulan..hope korang fhm ape permintaan hubby eka kan..itu je"then hubby eka msa tu bwk eka g dinner kat lua msa tu egt lg eka trigin sgt nk mkn piza hut agaknya msa ni da lekat kot!hehe..mengidam sgt2..lps dari tu eka da 2minggu x dtg period..mcm pelik jgk..tapi eka buat biasa je..hubby eka ni dia bgs skit dia slalu simpan bila eka period,hbs period..bgs tu eka pun kdg2 lupa..ahaks..pastu 2minggu lbih da xdtg risau jgk..HA!msa nila eka da start:-
  • mual sgt2..lagi2 tgh mlm..kdg2 nak muntah tapi x pun..buat biasa je lagi masa ni..(hubby ade tnya jgk msa ni ade muntah2 x?)
  • eka rasa pening luar biasa sgt!mcm kna gastrik pun ade..ptg2 selalu mengantok.
  • slalu nak kencing je..msa ni rasa lain macam da..
  • eka rasa belakang eka ni sakit sgt mcm first day nak datang period tp,eka agak da ni msti dah nak dtg period da ni..tapi eka buat biasa je msa tu..satu petang tu hubby eka tgk eka lain mcm dia bli pregnant test..eka mmg tkt nak buat sbb eka da pnah buat tapi xde rzki msa tu..hubby ckp takpe try je kalau ade,adela rzki kita..kalu xde takpe!hubby eka bg semangat kat eka msa ni..so eka buat jgk..tapi bila da buat dia xbrapa nk nmpk line merah tu..mcm pecah2..xpela mgkn xde rzki lg..
(+)
  • selang bape hari hubby eka demam teruk sgt2..sampaikan muntah2,bdn abh panas sgt2 msa tu..ibu jga abh mlm tu..ibu pimpin abh pg toilet..ibu mcm nk menagis tgk abh mlm tu :'(
  • esoknya,ibu plk demam panas,pning x blh bgn..mak mntua eka dtg mlm tu..eka msg jgk dgn umi eka psl ni..dia kta baik pg cek..naluri ibu dia mcm dpt tau eka pregnant tapi eka mcm xnk sbb da buat prgnt test bru2 tu..tp umi eka n mymthr in low srh pg jgk..agknya tgk eka n hubby sama2 demam..umi eka kta dulu abh eka mcm tu..umi rasa akk prgntla..
  • tarikh keramat xkan ibu lupa(23.12.2010)SYUKUR YAALLAH..eka n huby g klinik juz nak cek demam je tp hubby soh scan jgk..eka pun ambik kptsan scan..bedebar2 tuhan yang tahu msa dia scan tu..tiba2 doc say..TAHNIAH!u da prgnant 5week..yaAllah mcm nak menagis pun ade..hubby masa tu suka sgt2..msa scan tu doc kata nmpk x karung dia..bby u baru nak menjadi..msa tu bby u baru jadi seketul darah..blom jd embrio lagi..SYUKUR SGT2 masa tu sekian minggu  ibu menunggu kamu sayang..ahkirnya eka jadi seorang ibu:)esoknya abah trus bli susu enfa mama

(5week)
nmpk x pic bby eka masa ni dia baru 5minggu lbh la..yang bulat tu karung dia..biji hitam yang kecil tu la bby eka..dia baru jadi seketul darah..masa ni rahim eka da membuka..sayang sangat anak ibu ni..sayangla permata hati ibu dan abah :)
Firman Allah dlm surah Al-Ihsan:
                                          
”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
kejadian manusia
  
betapa besarnya kejadian Allah menjadikan manusia dari sperma pergi ke ovary wanita terjadinya seketul darah,daging,tulang d sbgnya..maha kuasa Allah menjadikan kita dari seketul darah dan duduk didalam rahim ibunya selama 9bulan..Subahanallah!
              bersambung lagi wslam...............:)

mywedding story[2.1.2010]

salam smua :)
smoga hari hari ini lbih baik dari smlm..smga kita dipanjangkan umor..bsyukur kdpnya kerana pada hari ni kita mampu bernafas didunia ini lagi..k,xnak pjg2 story..eka juz nak kongsi2 je dgn u all sume..smbgan pd smlm..tarikh keramat yang dinantikan olek kami pada tarikh 2/1/2010,sabtu pukul 10.00pagi dimasjid taman kantan permai,kajang dengan sekali lafaz dari hubbyku berwalikan ayahku mohd nadzri hj zainul maka pada saat tu sah kami sah begelar suamiisteri yang sah!berdebar2 masa tu..Alhamdulilah of Allah coz segalanya berjalan dengan lancarnya majlis perkahwinan kami dibelah perempuan..tambah seri lagi dengan kehadiaran saudara-maraku&sahabat aeperjuanganku yang jauh dtg sangup menyerikan lagi majlis akad nikah&kenduri we all..terima kasih buat sahabat2ku..myza,nija,nisa,pqa,aesya,niesa,wawa,bobby,liyana thx sangup dtg awal2 sbb nak bagi kekuatan dkt eka masa akad nikah tu..myza yg sangup dtg mlm2 pkaikan inai tok eka thx sgt2.. s yr sgt kerana ditemukan sahabat spt u all..Alhamdulilah :)
thx tok mak andam myza sis kak as..bertunkus lumus tok eka..thx kak as!n majlis repsepsi belah lelaki pada 9/1/2010 diakan dibandar tun razak,k.l sabtu dibelah lelaki kami diserikan  lagi dgn 2 pengantin noratikanazirah dan amir muttakin&norbaizura dan abu alma'ali sekali dgn ipaduaai eka..kira nanti nak celebrate ke same2 la..hehe..kira msa tu eka x jangalla sgt sbb ade temankan..Alhamdulilah selesai sudah..YaAllah aku bersyukur diatas segala yang telah engkau tetapkan dalam jodoh d pertemuanku..smga masjid yang tlh kami bina genap setahun 5 bln ini kekal hingga kesyurga..YaAllah kau jadikan kami pasagan yang mulia disisimu,jadikan kami pasagan yang bahgia hingga kesyurga..thanks of Allah krna kau tlh serikan lagi rumah tangga kami dengan kehadiran cahaya mata yang kami nantikan..syukur YaAllah kerna kau tlh makbulkan doa hambamu ini..syukur Alhamdulilah..humm..tingal 3month je eka akan bergelar IBU :) ok, u all  jgn lupa ikuti mypregnant story k!kenal2 dah cite,kahwin pun da..next eka akan cite myfirst day eka tau eka pregnant..

                                                                mywedding pic
kad undagan     

                                                                          akad nikah
                                                                     
                                                                          sesi potong cake



                                                       wit kekawan&mak andam kak as!



                                                           hantaran utk pihak lelaki



                                                                  sesi gotong-royong
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                               l
                                                                              V


                                semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga kesyurga amin :)
                                                            

Wednesday 25 May 2011

kisah kami&wedding story

salam..
eka n myhubby berkenalan dlm bln10.2010 tapi x engat haribln bpe da lupa..then,we all dah knal antara satu sma lain ktorg x tggu lame2 pastu pihak laki trus bertandang kerumah pihak perempuan..bkn x sabar ea..tapi buat nak tggu lama2kan..so lps raya haji 2010 we all disatukan dgn ikatan pertunangan,we all cpat2 g kursus kahwin selama 2 hari tok persediaan alam rumah tangga,msa pergi kursus tu igt eka sorg je muda rupanya ade jgk sebaya eka nak kahwin..hek3 macam dalam mimpi pun ade tapi nila dikatakan jodoh,pertemuan semua tertulis dari kita dilahirkan semua Allah da aturkan,so tarikh eka tetapkan xyah tggu lame2 nanti arus elektrik menyambar ssh..fhm2 jela jadi kedua2 pihak da setuju walimahtul urus kami diserikan lagi dgn kehadiran akk ipa eka 'norbaizura&abu almaali'so,blah lelaki ade 2 pengantinla tu je mls nak cite pjg2..hurmm..kla smbg esk..blog eka sedang diproses lagi..esok smbg lagi k..gud9 :)
eka n baby nak tido ni..baby da kick2 da ni..salam sayang dari eka.
[pic tunang]


 

I'm back :)

salam..
ai sume..firstly eka nak say thx 4evrthing to 4mylovely fren'nurul adibah nasir'mysayang sbb
dia yang buatkan blog ni utk ibu eka..rdib..thx sgt2 ye syg dia..buatkan,ajarkan eka dalami blog ni..eka sbnarnya nak mendalami blog ni tapi tau2la org kalau da  buta it ni bukan pandai sgt pun..yela kalu myza&rdib dorang ni dikira terar jgk dlm bidang it ni..syg korang lagi..
okla..hope u all bgla suport tok eka ye..saje nak mendalami blog ni..nak kongsi pengalam,kenangan&ape2 je..hope u all suke dgn kehadiran blog eka ni..cak! :)
lastly,thx skli lg to mybff rdib syg..smga eka dapat berkecimpong dlm blog ni dgn dgn HEPI :)
    wsalam..
(ekanazirah.blogspot.com)