mysweetheart ibu&abah :)
pregnancy due date

Thursday 26 May 2011

kejadian BABY didalam rahim kita

salam semua :)

eka juz nak berkongsi pengalaman eka selama 6bulan eka mengandung eka akan cite peringkat2 ok kita dalami dulu mcmmana kejadian bby then eka akan cite seterusnya..bak kata org bila ade org baru hadir mcm2 Allah akn uji hambanya cuma kita sebagai manusia perlu tempuh jua..semuanya itu adalah ujian perlu kita hadapi..ape2 pun eka bsyukur krana Allah msh pjgkan umur eka sekeluarga n bby yang ade dalam perut eka ni..ckp mengenai kejadian baby ni..kdg2 eka slalu terfikir bila da mengandung ni..eka rasa kuasa Allah cukup menabjubkan..masa2 first eka prgnt perut eka kecil lagi bby pun blom jadi dgn sempurnannya..bila eka da masuk 6bulan skrng ni..eka rasa setiap hari eka nak tgk ape dia sedang buat..geram rasa..paling eka geram sgt2 bila anak ibu ni nendang2..bukan geram ape tapi mcm nak pgg tgn dia,nak pgg kaki dia..ibu rasa nak cium anak ibu ni..tapi ibu slalu berdoa,sembang2 dgn sayang ibu usap sayang..masa awal mengandung ibu x rasa lagi sayang kick2 mcm skrg ni..sbb sayang nak membesar..ibu x boleh tgk kalu ade kes pembuangan bayi..ibu akan menagis..kdg2 ibu x fhm org yang sangup buang darah daging mrk sendiri..mrka x rsa ape2 perasaan lgsns!sedangkan ramai lagi pasagan yang ingikan zuriat tapi org yang xde otak je buat bnda mcm tu semua..sdgkan binatang pun ade belas kasihan terhadap zuriat yg mrka lahirkan walaupun mrka tdk diberikan akal..msia yg ade akal pun sangup lakukan perbuatan yang dilahknat oleh Allah diahkirat nanti!tggu saje pembalasan yang setimpal  anda diterima..Astrafiruaallah!ada ayt Al-Quran yang berbunyi :
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk"


                        sesungguhnya pekara yang dilaknat oleh Allah adalah seorang hamba yang sanggup membunuh darah dagingnya sendiri..jadi fikir2kanlah sejenak..sebagai seorang islam kita perlulah bertaubat sblm pintu taubat terttp..okla,syahdu rasa ptg2 ni..bila diimbaskan kekejam pembuagan bayi ni hati eka pasti akan tersentuh..kita akan terasa baby yang kita kandungkan dalam rahim kita seolah2 dalam dakapan kita..cumaa blum sampai waktu dakapan yang kita akan rasakan sendiri..sesungguhnyaa kejadian Allah itu besar sgt sgt..jom kita sama2 hayati gambar2 kejadian2 manusia dari alam rahim...



























  proses2 kejadian bayi dialam rahim:

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim

 MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat    
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
   Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.


NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT.


Cuba kita renung dan fikirkan, bagaimana kiranya kita tidak ada, tidak pernah ada, tidak tertulis di Loh Mahfuz atau tidak pernah dilahirkan ke dunia. Jika tidak mencipta kita sudah pasti kita tidak ada. Jika kita tidak ada, sudah tentu kita tidak mengetahui adanya alam semesta yang luas ini. Tentu kita tidak kenal matahari dan bulan, tidak kenal manisnya gula, lazatnya makanan dan hidangan. Kita juga tentunya tidak dapat merasakan indahnya rasa kasih sayang, cinta dan tentunya saat-saat bahagia tidak mungkin kita rasai.
Syukur, alhamdulillah, kini kita telah ada dan wujud. Kita sudah dapat menyaksikan keindahan alam maya, dapat melihat pelbagai warna dan pemandangan, melihat sang suria, bulan dan bintang-bintang yang menghiasai segala ruang angkasa. Kita sudah dapat menikmati pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Kita juga telah dapat merasai betapa indahnya belaian kasih sayang, cinta dan saat-saat kebahagiaan. Seterusnya kita dapat mengenali siapa pencipta kepada semuanya ini termasuk alam yang maha luas ini. Lalu kita dapat menikmati kasih dan sayang-Nya serta bernaung di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Inilah sebenarnya nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kita seharusnya menggandakan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah kerana bukan sahaja telah menjadikan kita, bahkan telah memilih kita menjadi umat-nya yang beriman dan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya. Sehingga kita dapat mengenali Pencipta kepada alam semesta ini yang begitu indah dan teliti sekali.
Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita.
Amin Ya Rabbal Alamin.sekian wslam..semoga kita bertemu dihari yg lain...salam syg dari eka :)

No comments:

Post a Comment