mysweetheart ibu&abah :)
pregnancy due date

Thursday 26 May 2011

story kali pertama pregnant!

salam u all :)
ok..ni eka nak citer kali pertama bila eka  dpt tau im pregnant?mcm2 blaku..
k,kita mulakan sesuatu msti dgn bismillah..alim plk dah!tp btl la kan..
firstly,eka slalu dtg period awal bulan..slalu dtg tepat pd tarikhnya,jd eka pun buat biasa jela..eka ingt lagi masa tu bufday eka..hubby eka ade wish sempena bufday eka yang ke-20 eka ade simpan msg tu lg..hubby ckp mcm ni"slamat ulangtahun syg..smga dgn ulgtahun kelahiran syg ni abg harap syg matang,jd istri solehah ala byk lagila..last dia cakap kat eka abg harap minggu ni eka x datang bulan..hope korang fhm ape permintaan hubby eka kan..itu je"then hubby eka msa tu bwk eka g dinner kat lua msa tu egt lg eka trigin sgt nk mkn piza hut agaknya msa ni da lekat kot!hehe..mengidam sgt2..lps dari tu eka da 2minggu x dtg period..mcm pelik jgk..tapi eka buat biasa je..hubby eka ni dia bgs skit dia slalu simpan bila eka period,hbs period..bgs tu eka pun kdg2 lupa..ahaks..pastu 2minggu lbih da xdtg risau jgk..HA!msa nila eka da start:-
  • mual sgt2..lagi2 tgh mlm..kdg2 nak muntah tapi x pun..buat biasa je lagi masa ni..(hubby ade tnya jgk msa ni ade muntah2 x?)
  • eka rasa pening luar biasa sgt!mcm kna gastrik pun ade..ptg2 selalu mengantok.
  • slalu nak kencing je..msa ni rasa lain macam da..
  • eka rasa belakang eka ni sakit sgt mcm first day nak datang period tp,eka agak da ni msti dah nak dtg period da ni..tapi eka buat biasa je msa tu..satu petang tu hubby eka tgk eka lain mcm dia bli pregnant test..eka mmg tkt nak buat sbb eka da pnah buat tapi xde rzki msa tu..hubby ckp takpe try je kalau ade,adela rzki kita..kalu xde takpe!hubby eka bg semangat kat eka msa ni..so eka buat jgk..tapi bila da buat dia xbrapa nk nmpk line merah tu..mcm pecah2..xpela mgkn xde rzki lg..
(+)
  • selang bape hari hubby eka demam teruk sgt2..sampaikan muntah2,bdn abh panas sgt2 msa tu..ibu jga abh mlm tu..ibu pimpin abh pg toilet..ibu mcm nk menagis tgk abh mlm tu :'(
  • esoknya,ibu plk demam panas,pning x blh bgn..mak mntua eka dtg mlm tu..eka msg jgk dgn umi eka psl ni..dia kta baik pg cek..naluri ibu dia mcm dpt tau eka pregnant tapi eka mcm xnk sbb da buat prgnt test bru2 tu..tp umi eka n mymthr in low srh pg jgk..agknya tgk eka n hubby sama2 demam..umi eka kta dulu abh eka mcm tu..umi rasa akk prgntla..
  • tarikh keramat xkan ibu lupa(23.12.2010)SYUKUR YAALLAH..eka n huby g klinik juz nak cek demam je tp hubby soh scan jgk..eka pun ambik kptsan scan..bedebar2 tuhan yang tahu msa dia scan tu..tiba2 doc say..TAHNIAH!u da prgnant 5week..yaAllah mcm nak menagis pun ade..hubby masa tu suka sgt2..msa scan tu doc kata nmpk x karung dia..bby u baru nak menjadi..msa tu bby u baru jadi seketul darah..blom jd embrio lagi..SYUKUR SGT2 masa tu sekian minggu  ibu menunggu kamu sayang..ahkirnya eka jadi seorang ibu:)esoknya abah trus bli susu enfa mama

(5week)
nmpk x pic bby eka masa ni dia baru 5minggu lbh la..yang bulat tu karung dia..biji hitam yang kecil tu la bby eka..dia baru jadi seketul darah..masa ni rahim eka da membuka..sayang sangat anak ibu ni..sayangla permata hati ibu dan abah :)
Firman Allah dlm surah Al-Ihsan:
                                          
”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
kejadian manusia
  
betapa besarnya kejadian Allah menjadikan manusia dari sperma pergi ke ovary wanita terjadinya seketul darah,daging,tulang d sbgnya..maha kuasa Allah menjadikan kita dari seketul darah dan duduk didalam rahim ibunya selama 9bulan..Subahanallah!
              bersambung lagi wslam...............:)

2 comments:

  1. rdib:thx yayang :)
    boby:b...doakan sgalanya dgn baik..doaka eka dipermudahkan brsalin ye..menharap doa dari u all..

    ReplyDelete